Thursday 19 September 2013

Tazkirah Pagi Jumaat

Muhasabah diri di pagi Jumaat..




ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati.            
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya”

Sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak ..
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba,
maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..'
Yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut,
 Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka..

 Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

 'Ya  Allah!
  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,
 lancarkan lidah kami  mengucap  kalimah
 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri  kami.
Amin.. Amin.. Amin..
 Yarobbala'lamin..'


No comments:

Post a Comment