Thursday 19 September 2013

Tazkirah Pagi Jumaat

Muhasabah diri di pagi Jumaat..




ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati.            
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya”

Sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak ..
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba,
maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..'
Yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut,
 Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka..

 Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

 'Ya  Allah!
  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,
 lancarkan lidah kami  mengucap  kalimah
 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri  kami.
Amin.. Amin.. Amin..
 Yarobbala'lamin..'


Wednesday 18 September 2013

Kenapa dengan blog aku nih..

Pening kepala aku..Ntah bila masa aku edit gambar dlm blog nih..tetiba tukar jd bengong plak..Dahla baru nak berjinak2 dgn dunia blog..(Tp aku hanya cipta blog untuk dijadikan diari shj..lebih kepada meluahkan perasaan n kekadang pendapat..)HMM..sgt kecewa..

Monday 16 September 2013

Ambil Yang Jernih..

Actually, ada benda2 y mana org berbudi kita berbahasa..
Kita bleh lembut hati bila berjumpa, bertanya n bermaafan.

Terima kasih sebab sudi dtg ziarah my father..unexpected!!
Honestly..i pon terasa 'sesuatu'..
bila u sndri rasa 'sesuatu'..
means, persahabatan kita xptut bgini..

Kesimpulan,ambil y jernih n cuba jernihkan..

Friday 13 September 2013

Kuarters oh kuarters...

Aku baru perasan ada emel masuk dr BPH. Harap2 ada berita gembira,tp.."kuarters oh kuarters.."

FW: RAYUAN KELULUSAN KUARTERS

FROM sam....@bph.gov.my TO You
Tuan,
 
Dimaklumkan, pada masa ini tawaran kuarters kelas G di Kuala Lumpur dibuat kepada yang mendaftar pada bulan januari 2007.  Giliran tuan yang mendaftar pada 11.3.2010 masih belum tiba lagi.
 
Terima kasih.
 
Sam.....................
Unit Kuarters
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri
Pusat Panggilan Kuarters:  03-88721111 

Aku sebenarnya xfhm dgn org BPH nih. Sebelum ni aku kol belah Putrajaya ttg status permohonan sebab mohonnya dulu di Putrajaya. Boleh dia kata diorg terlepas pandang permohonan tersebut sebabnya xkol(means kene kacau diorg r??) dr dulu..lg 1 mana2 y keje KL dah xbleh mohon Putrajaya.Aku ckp balik pekeliling y kuar tu selepas permohonan dibuat so sepatutnya boleh diambilkira.Katanya "minta maaf kami terlepas pandang".Terus suruh kol belah KL n update permohonan.Wah,senangnya jawab..
n aku pon update, n terus kol.lepas tu aku buat rayuan.tp..itulah dia..
"kuarters oh kuarters.."
 

Thursday 12 September 2013

Sesi Menziarahi Bapaku

Hari tu (11/9/2013), Bahagian aku datanglah menziarahi rumah mak aku melawat ayahku y sakit itu..Datang juga melawat akhirnya..Walaupon pernah gak aku berkecil hati xda sorg pon y dtg dulu..
Inipon sumenyer atas usaha murni SO aku nih iaitu si Baizura y sgt concern ttg apa y berlaku pd aku.TQ Bai..
N tq too my frenz K.TIE,JEY,OPAH,AINA,MAHADI,FIDO n QAYYUM y aku tahu dr dulu nak dtg tp xberkesempatan.
kpd org lama iaitu K.YAN,K.SO n cc ANA,sy tahu anda mempunyai hati y baik wlupon adakalanya terlepas kata/tingkahlaku.
juga y sudi dtg, MOJA,ILA n ABG FITRI(Driver).
Y sedih sbb xdpt dtg KHATMAS(exam),AZIE(interview PTD),PHIL(kaunter), CC ASMAH(jaga opis),AIAN(buat PP) n NAPIS(katanya segan ramai pompuan)..xpelah,u all pon dh jumpe i bgtau reason even i xmrh pon..




Belakang tulah ayahanda tersayang..


Gambar dr sumber en mahadi. Tp apsal gambar dak laki xda plak..?
Diorg xcaya wlupon tgn mak aku br elok dr patah tangan, tp mak dibantu mak ngahku bleh masak menu nasi putih,ayam masak merah,sambal goreng jawa,mee kari,nasi himpit kuah kacang,bubur kacang pengat pisang,air 2 jenis..hehehe..(aku tolong potong n angkt brg2 jer..)2jam aje mak n makngahku buat sume tu..
Apapon tq pada sume n juga hamba2 Allah di PPTG WPKL y sudi memberi sumbangan utk ayahanda tersayang(aku sendri xtau ada kutipan dibuat)..

Tuesday 10 September 2013

Aku terpaksa memberhentikan Along sekolah...

31/08/2013..Selain daripada ulangtahun kemerdekaan..tarikh ni adalah tarikh last day Along bersekolah di tadika Maiwp..

Actually, aku memg sgt2 terasa dengan org2 tertentu dkt opis nih..Xpuas2 mengata..Xhbis2 nak tikam belakang..Depan baik tp belakang..rupanya..mulut mcm longkang!!
Aku xmampu nak maafkan 'org itu' terutamanya sbb cara dia seolah2 menghina aku seorg ibu, isteri, anak n wanita..Sgt2 prejudis pada wanita..
Aku hanya pendamkan aje org y mengata aku belakang2 nih termasuklah 'org tu'n 'geng itu'..Moga Allah beri petunjuk pd diorg nih..
Tq..to my frenz y bg info..
Along, maafkan ibu sbb trpaksa buat keputusan ini. Walaupon Along xsuka, tp ibu percaya Along akan faham suatu hr nnti ttg kehidupan n sikap2 manusia y mcm2..
N to mak, maafkan anakanda sbb menambah beban terpaksa jaga Along bila balik dr sekolah baru.
Aku percaya Tuhan maha adil. 


Monday 9 September 2013

Hari Raya yang sayu seumur hidupku...

8-9/08/2013
Sepatutnya raya tahun ni giliran rumahku..Tapi..yelah..dah aku pon duduk dekat dgn rumah mak aku..N memg aku lebih spend dkt rumah mak aku semenjak mak n ayah aku excident..(inilah masanya utk aku menjaga kedua ibu bapaku)..so, aku beralahla..balik rumah mak mertua di Pahang..
Hari raya hanya untuk anak2ku shj..


Besor dah anak2 aku nih..



Aku tgh lipat kain 3bakul di belakang itu..

Macam2 hal bebudak ni wat keje..sumenyer kakak Jiha punyer keje..

Along belajar solat

Kakak n baby pon nak ikut, tp banyak main2..

Hari tu, aku balik dr kampung terus je tukar shift jaga ayah..erm..aku redha walaupon aku kepenatan..
aku tahu dunia ini hanyalah sementara..aku perlu berebut2 mencari keredhaan Allah sebelum terlambat..

Keputusan Exam BITK 2013

Alhamdulillah...Akhirnya...
Walaupon kepala aku sangatlah serabut dengan musibah/ ujian y mcm2 berlaku dlm idup nih, namun pada 5/06/2013 aku cekalkan hati juga pegi amik exam BITK y ke-4 kalinya..Sudahlah sesat, lambat sampai n seterusnya lambatlah menjawab soalan..

Tanpa aku duga, disaat aku aku nak cek gaji, tangan pon gatallah buka link keputusan exam BITK..
"Eh, link dah buka..Try ceklah,kot2 rezeki aku kali nih.."
DAN...



PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN JABATAN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
SEMAKAN KEPUTUSAN SEMASA PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) TAHUN 2013
NAMA : NUR HAMIRAH BINTI HASSAN
NO. KAD PENGENALAN
:
87050810....
TARIKH
KEPUTUSAN
  5/6/2013
 LULUS

* Cetakan keputusan ini tidak boleh digunakan untuk sebarang urusan rasmi.
* Slip keputusan rasmi hanya dikeluarkan untuk calon yang lulus sahaja.
* Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan :

Urus Setia Peperiksaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 6, No. 1 Persiaran Perdana, Presint 2
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
62594 Putrajaya

 
No. Tel : 03-88821087 / 1197 / 1171
No. Faks : 03-88821055
Emel : urus_pep@anm.gov.my

Disebalik apa yang berlaku, Allah bagi aku kegembiraan ini. Terima kasih Allah..
Aku percaya, Allah maha adil..
Kita merancang, DIA juga merancang. Tetapi rancangaNYA lebih baik..
Sesungguhnya, aku sedar betapa kecilnya aku dcc Allah..

Sunday 8 September 2013

Aku di uji lagi...

25 JUN 2013...

Aku diuji lagi.. 
Suamiku n 2org anakku accident motor dgn kereta. Masa aku terima panggilan n dgr suara org lain yg bercakap masa tu,hanya Allah shj yg tahu perasaan ini.Aku menggigil rasa nak pitam shj di opis.Mujur ada kawan2 (not all) yg bg support.CC pon arahkan pergi hosp. dgn kenderaan Jabatan. TQ pada yg memahami.
Disana, rupa2nya ambulans xsmpai lg. Bila aku dgr siren masuk hosp.,aku dah berdebar2..
Kulihat keadaan anakku yg kecik, terasa luluhnya dihati..
Mujurlah apa yg didiagnos pada awalnya tak betul..Alhamdulillah..

Duit..duit..

My Baby..tahan sikit ye syg...

My Kakak..tabah ye syg..


Suamiku terpaksa dijahit mulut n lidah. Manakala anak2ku luka di kepala sebab tercampak ke jalan. Mujur takda kereta. Sudahlah esoknya aku kena pergi kursus di Cameron Highland. Terpaksalah tarik diri last minute.
Namun aku tetap bersyukur semuanya xlah seteruk yg digambarkan pada awal kejadian...
Dan yg pasti...aku diuji lagi..

Friday 6 September 2013

Hari Sukan Tadika Maiwp Zon Bangsar 2013


Hari sukan Along pada 11.05.2013 yang lepas dekat INTAN, Bukit Kiara rasanyer.(Lupo..=))Untuk tadika dari Masjid Negara diorang memang dah di set as Red Team. Along main game tarik bola dengan gelung. Heheh..Tapi aku xberkenan sukan Maiwp aritu...sebabnya...terlalu ramai. 5 n 6 tahun ada..so, Along hanya main untuk 1 game aje..


Kelakar ajer aku tgk Along..

Kaku aje Along time nih..Ntah nampak ke x tu..


Ada jugak budak nih..

Mujurlah kump. Along menang..Kalau kalah memang xberbaloi..Sebab...Panas...Lambat mula..Ramai sangat..So, guru2 pon xbleh fokus untuk jaga murid2 nih..

Ohya..Aku terlupa untuk amik gambar masa Along tengah berlawan sebab terlalu asyik menjerit bagi sokongan kat Along..Terover plak..Hehehe..

Thursday 5 September 2013

14 APRIL 2013

Hari y sukar aku lupakan...

Tarikh inilah yang aku x mampu untuk kulupakan..14.04.2013..Ayah & mak aku yang dah berusia 62 tahun itu mengalami kemalangan jalan raya. Suami dan akulah orang yang membawa mereka ke Hospital Ampang menaiki keretaku sebab dapat panggilan dr kakakku yang mana ada saksi yang kenal kakakku. Disaat itu, aku sangat2 sedih yang teramat kerana aku memangku ayahku sendiri dan dia muntah di ribaku.

Tiba di hospital aku menjerit meminta stretcher dan wheel chair bagi pada ayah dan mak. Segala kemasukan mereka aku uruskan. Aku tahu mak aku sayu melihat ayah dalam keadaan begitu.

Akibat daripada kemalangan tersebut, mak patah tangan dan ayahku telah pon terlantar lumpuh seluruhnya. Disaat ini, hidupku sedikit terumbang ambing kerana perlu menjaga mak sementara ayah di hospital. Hanya Tuhan yang tahu bertapa hatiku sangat sedih dan down sangat2..

Geng2 mengaji datang melawat





Family Day 2013

Hari tu (16/03/2013) ada Family Day opis aku yang dibuat di Taman Tema Desa Water Park. Aku sebenarnya susah sikit nak join opis nih tp mengenangkan kegembiraan anak2ku adalah kegembiraan aku, so i follow..Walaupon aku terkilan xdapat nak join games sebab sibuk layan anak2 tp aku puas hati gak dapat lugage cabutan bertuah..huhuhu..


Laluan Utama

Kompom ada macam2 air bercampur..Aku redha jelah...






Gelap dah kulit masing2..
 
 


Wednesday 4 September 2013

Yuran Pendaftaran Tadika Maiwp 2013

Along telahpon aku sekolahkan di Tadika Islam Masjid Negara. Aku harap agar dia dapat belajar basic agama di waktu usia kecil ini.

Berikut adalah yuran pendaftaran bagi sesi 2013:

5 tahun

Pendaftaran : RM20.00
Yuran Jan & Nov : RM40.00
Modul Ko-kurikulum : RM30.00
Aktiviti Ko-kurikulum : RM25.00
Buku Teks & Buku Latihan : RM76.00
Insurans : RM4.00

JUMLAH : RM195.00

6 tahun

Pendaftaran : RM20.00
Yuran Jan & Nov : RM40.00
Modul Ko-kurikulum : RM30.00
Aktiviti Ko-kurikulum : RM25.00
Buku Teks & Buku Latihan : RM81.00
Insurans : RM4.00
JUMLAH : RM200.00

Uniform Murid Lelaki : RM28.00
Uniform Murid Perempuan : RM30.00

Yuran Bulanan : RM20.00






Hari Pertama Along di tadika

Semoga Along menjadi orang yang berguna kelak. Amin...