Thursday 5 September 2013

14 APRIL 2013

Hari y sukar aku lupakan...

Tarikh inilah yang aku x mampu untuk kulupakan..14.04.2013..Ayah & mak aku yang dah berusia 62 tahun itu mengalami kemalangan jalan raya. Suami dan akulah orang yang membawa mereka ke Hospital Ampang menaiki keretaku sebab dapat panggilan dr kakakku yang mana ada saksi yang kenal kakakku. Disaat itu, aku sangat2 sedih yang teramat kerana aku memangku ayahku sendiri dan dia muntah di ribaku.

Tiba di hospital aku menjerit meminta stretcher dan wheel chair bagi pada ayah dan mak. Segala kemasukan mereka aku uruskan. Aku tahu mak aku sayu melihat ayah dalam keadaan begitu.

Akibat daripada kemalangan tersebut, mak patah tangan dan ayahku telah pon terlantar lumpuh seluruhnya. Disaat ini, hidupku sedikit terumbang ambing kerana perlu menjaga mak sementara ayah di hospital. Hanya Tuhan yang tahu bertapa hatiku sangat sedih dan down sangat2..

Geng2 mengaji datang melawat





No comments:

Post a Comment