Monday 30 December 2013

Hari Orientasi Pra Sekolah n Tahun 1 2014


Okeh..28/12/2013 hari tu adalah hari Sabtu..(Meme r..ish..ish..) Hari Orientasi anak-anakku y akan memasuki alam persekolahan tahun 2014..Seb baik cikgu2 ni bijak buat hari sabtu so xpyhlah nak amik cuti rehat aka cuti sakit bagai..good job..

Pagi tu, Wajiha dah buat perangai semacam je..risau aku sbb aku tahu ank dara aku nih memg kuat bila melalaknya..Along plak steady je..yelah Along dh berpengalaman sikit..Budak 6tahun ada dalam 30 org n 5tahun ada dalam 14 org..Ada 2 kelas..xtaulah sama kelas ke x diorg nih..Aku pesan siap2 kat Along utk jaga adik baik2 sebab adik perempuan..


Kakak berdiri tegak ajer dia..myb gugup sgt kot..hahaha..

Beriya aku buat barisan dak laki n letak Along kt dpn tup..tup..ada org potong plak..ish..ish..




 Hari tu sekali dengan Tahun 1, so aku g dengan Abg Sulungku sebab ank 1st dia thn 1 dah..(dak Aidil)..n kt sekolah y sama ni ada anak kakak aku thn 3 (dak Fatin) n adiknya prasekolah sapa lg klu bkn dak Wawan gemuks..so klu ada apa2 info pasal sekolah bleh r saling ingat-mengingati..



Persiapan Masuk PraSekolah Along n Kakak..

Sebelum ni aku memg beriya bagai siapkan persiapan Along masuk tadika..tp bila dh tengok apa y berlaku sepanjang 2013, so dah bleh pikir mana y perlu didahulukan n mana xperlu pon xpe (means lmbt skit beli)..
So, aku dah bleh listkan basic apa y aku kena beli..

Senarai keperluan Along n Kakak untuk Pra:

1. Beg sekolah (RM27.90 + RM19.90)
2. Kasut sekolah (RM29.90 + RM24.90)
3. Stokin (RM14.00 (6psg)
4. Singlet Along n Kakak (RM2.90 sepasang - cukuplah 2psg sorg)
5. Alat Tulis (kena beli lebih..kt mydin@kedai rm2 jer..)


Aku beli semua y murah ajer tp berkualiti n beli bila ada promosi..memg jimat..

Benda2 merepek y aku bleh beli kendian hr@xbeli pon xpe:
1. Botol Air
2. Jam tangan
3. Dompet
4. Seluar tracksuit (spare klu terkucil)

Tahun 2014 adalah tahun kenaikan harga barang..So, kenalah jimat-cermat..
Dahla yuran van sekolah naik melampau..Mcm tahik je..
Tetiba rasa mcm bek aku buka bisnes bas sekolah..anak pon bleh pantau sendri..hmm...


Barang2 Along n Adik..

 Good luck Along n Kakak Jiha..

Tuesday 17 December 2013

Khairat Kematian ASB & KWSP

Sekarang ni kecoh dalam whatsapp pasal 2 bnda nih..Kakak aku pon suruh call utk dapatkan kepastian untuk ayahku..Ini y aku tahu melalui calling.

KWSP - sumbangan RM2,500.00.Syaratnya:
i. meninggal sebelum umur 55 thn;
ii. mempunyai baki simpanan
iii. dituntut dalam tempoh 6bulan
(syarat i & ii xlepas..memg r bleh carum sampai 55 thn je..)

ASB - i. sumbangan RM200.00 baki simpanan kurg RM5K
        ii. sumbangan RM1,000.00 baki simpanan RM5K-RM10K
        iii. sumbangan RM1,500.00 baki simpanan >RM10K 

Aku suka layanan org ASB sgt jelas dan memahami pertanyaan org bila banyak tanya tapi berbeza dgn KWSP bila ckp nk mencarum kemain suka terangkan tp bila tanya pasal tuntutan kemain tinggi suara n menyombong..


      

Monday 16 December 2013

Ayah Pergi Jua Meninggalkan Kami Selamanya...Part II

Allahuakbar..Rindunya pada ayah..terasa seolah2 ayah masih berada disisiku..
Syukur Alhamdulillah..Pemergian ayah penuh keberkatan..Apa y aku perasan..Disaat hari2 hujan tetapi pada hari itu, hanyalah angin sepoi2 dan mendung gelap seolah2 hujan lebat akan turun tapi...sampai ke malam hujan tidak turun. Keesokannya barulah hujan turun semula seperti biasa..Besar sungguh kuasa Allah..

Walaupun pada mulanya, org y dijemput tidak ramai lebih kurang 100 orang shj..tp pada hari tersebut orang ziarah xputus2 sehingga keesokkannya termasuklah kawan2 sepejabatku..Terima kasih kepada hamba2 Allah sekalian..

Hari ini dah sampai hari ke-10 pemergian ayah..Setiap hari mak akan baca yasin..dan aku perasaan setiap kali itu terdengar suara halus sebak mak..walaupon mak cuba melindunginya, tapi aku dapat dengar..Aku tahu mak sangat2 rindukan ayah..Mak n ayah sangat rapat..Itulah teman bergaduh n itulah teman bergurau.. 

Aku tahu mak masih bersedih walaupon dia reda..Ya Allah, Kau berilah kekuatan  padaku n pada ibuku menghadapi dugaan ini dan Kau tempatkanlah ayahku bersama-sama orang y beriman dan soleh.
Amin..

"Ada ketika ketegasan seorang Ayah membuatkan kita merasa bosan dan kurang senang malahan ada yang membenci. Tapi tahukah kita apa yang tersimpan dalam lubuk hati seorang Ayah.

Kadangkala Ayahlah yang paling tersentuh dan yang paling menyayangi anaknya melebihi si ibu. Cuma, ada masa ego dan tak sangat menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak membuatkan kita tidak sedar betapa sayang dan kasihnya seorang Ayah kepada anak-anaknya."

Thursday 12 December 2013

Yuran Pendaftaran Pra Sekolah 2014

Alhamdulillah..Kedua2 anak aku dapat tawaran prasekolah..Malas nak pikir2 sekolah asing2 dgn mcm2 dugaan y menimpa aku tahun ini, so aku mohonkan kedua2nya prasekolah y sama..
n aku kenalah ajar anak2ku utk mula naik bas sekolah..
risau jugak..

Sekarang dipanggil Bayaran Perkhidmatan Pra Sekolah, mungkin xnak keliru dengan pemansuhan yuran sekolah dulu tu kot..So, inilah y aku perlu sediakan untuk hari orientasi nnti..:

1.Uniform Daerah x 1psg = RM30.00
2.Uniform Negeri x 2psg = RM50.00
3.Buku Latihan = RM3.00
4.Modul Kecemerlangan = RM100.00
5.Tanda Nama = RM5.00
6.Graduasi = RM50.00
7.Lawatan = RM30.00
8.Fail KSPK = RM10.00
Jumlah = RM278.00

So, anak aku 2org y akan masuk kenalah gandakan dua...
(RM278.00 x 2 = RM556.00)

Sekejap aje rasanya anak2 membesar..dh masuk alam persekolahan dh diorang nih..padahal kawan2 aku y lain ada gak y baru je masuk alam perkahwinan..baru je melahirkan anak pertama..
aku??hehehehe..ibu muda..xpelah..dah tua nnt anak2 dh besar dh..masa utk aku enjoy plak..

Wednesday 11 December 2013

Ayah Pergi Jua Meninggalkan Kami Selamanya...Part 1

Allahuakbar...sedihnya hati ini bila mengenangkan pada hari kejadian..
Hari yang sepatutnya gembira menyambut menantu dengan bacaan yasin akhirnya bertukar kenduri tahlil untuk ayah..
Sememangnya aku sangat terkilan sebab hari tu aku sgt busy n xdapat nak jenguk ayah di katil selalu..

8 Disember 2013 - Pagi itu seperti biasa aku n mak membersihkan ayah. Pagi itu xdpt nak mandikan ayah sebab nak kejar masa nak buat keja.
Memandangkan ramai sedara y dh bagitahu xdapat datang, dgn jiran2 n mak ngah g bercuti di Bandung n kakak sulungku  bercuti di Cameron Hinghands, so yang tinggal hanyalah mak, aku n suami, kakak kedua n suami, mak lang, cik yah n suami, n abg ketiga..memang dikatakan xterkejar nak tgk ayah tp mujur banyak y dah siap mlm semlmnya. Bila dh siang sikit barulah ada makcik2 datang menolong..

Dalam hati kecilku lepas makan sebelum org surau n marhaban datang, aku akan jenguk ayah memandangkan dh t/hari aku x jenguk ayah kat katil..hanya mak y jaga ayah hari tu..

Malangnya di saat aku hampir habis makan n nak uruskan anak aku makan, suamiku bisik nak panggil ambulans sebab ayah xsedar diri.Terus aku berlari masuk rumah tinggalkan anak kecilku pegi ke katil ayah..aku tengok org ramai tgh berkerumun mengejutkan ayah..aku juga menjerit mengejutkan ayah..puas aku cari denyutan nadi di pergelangan tangan n aku...menangis...aku tahu ayah dah xda..aku kejutkan ayah lagi tp aku terdengar suara memujukku utk tidak mencari nadi ayah..kakiku lemah..aku berlari masuk bilik sebab aku xmampu berdiri lagi..suami n makcikku pujuk aku..sememangnya ramai y tahu, akulah y selalu menjaga ayah..mandikan ayah dengan suami..aku terkilan..sgt2 terkilan..
Disaat ayah memerlukan org utk membisikkan kalimah syahadah, tiada org disisi..

Ayah..maafkan Nor..maafkan kami..
Kami gagal berada disisi ayah saat ayah memerlukan sokongan ketika sakaratulmaut..
Allahuakbar..